Tuesday 13 September 2011

Wordless Entry: Food Poisoning


12 Sept 2011: Gara-gara keracunan makanan, kena lalui proses " masuk air" ;((





Thursday 8 September 2011

Do Re Mi Fa So La Ti Do

       Ola semua... tiba2 nak belajar main musik lak kali ni. Niat nak belajar main alat musik tu dah memang lama ada tapi kemampuan je yang takde. Ye r ingat free ke, benda sekarang semua kena bayar. Dengar khabar lepas ni prepaid pun kena tax 6 % (lari topic lak hehe)

       Berbalik kepada kelas musik ni, niat asal aku belajar untuk kepuasan diri sendiri aje xde r plan nak main sampai leh join orkestra hehe Dapat main yang basic pun dah kira ok. Honestly aku memang xde asas musik langsung so nanti aku akan bermula dengan tahap ‘beginner’ dulu. Dah lulus nanti baru leh naik grade 1. Kalu x silap aku grade paling tinggi ialah grade 8. Yang tu kira dah layak main kat orkestra r. 

mood berangan main ngan orkestra harhar
       Mula2 tu aku duk fikir nak belajar piano atau violin. Kalu violin kena beli violin dulu baru leh start kelas. Harga violin yang paling murah pun dalam RM300. Tapi aku xmau r amek risiko dah beli tapi main sekali je wat apa kan. Kalu main piano selalunya diorang akan sediakan. Cuma bawak diri aje. Last2 aku pilih piano.

       Sebelum ni dah pernah survey beberapa tempat kat area umah yang berdekatan pasal pakej belajar musik ni. Kadang2 ada info yang dia x bagitau sejelasnya sebagai contoh bayaran kelas piano dia tulis kat pamphlet RM120.  Tapi sebenarnya itu baru harga permulaan  kiranye yang tahap beginner. Kalu makin tinggi grade dia maka bayaran pun akan naik jugak. Kalau nak amek exam ada bayaran lain lagi. Tapi kalu xmau amek exam pun xpe.


       Tempat yang aku amek ni kiranya yang paling murah r bayaran dia. Starting harga dia RM110 dan aku dah tengok senarai harga untuk setiap grade. Kalu nk compare dengan YAMAHA MUSIC dan seangkatannya tempat ni lagi murah kot. Kadang2 apa yang membuatkan harga dia mahal adalah kerana experience tenaga pengajar dia. Makin expert tenaga pengajar makin mahal r bayaran.

       Nak share cerita sikit, masa aku nak daftar tu berbelah bagi gak r nak masuk kelas musik ni. Bukan apa ini kan melibatkan wang, Setiap wang yang dilaburkan mestilah kena ada pulangan nya. Tapi ada sorang budak Chinese girl ni kechik lagi around 7 years old tapi dia amek sampai 3 kelas; piano, violin & ballet dance. Mungkin family dia mampu kot nak bayar sampai 3 kelas sekaligus. 

       Apa2 pun, ak dah excited nak start kelas minggu depan. Insyaallah kalu dah pandai main nanti aku akan upload video. Arap2 aku cepat pandai main piano ni. Amin =)