Saturday 18 January 2014

Welcome 2014, please be nice with me and peoples around me



Assalamualaikum wahai blog,

Sudah lama sangat aku x mengarang disini. Sempena cuti hujung minggu terasa bosan tak tahu nak buat apa.Tiba-tiba datang idea untuk mengarang untuk pesanan diri sendiri dan readers.

Sebelum ini aku percaya kepada prinsip ‘Go with flow’. Aku tiada sebarang specific target yang nak dicapai. Tapi sebenarnya dalam hidup ini semuanya perlu ada target, nak kerja apa, nak pakai kereta apa, nak bini macam mana supaya nanti kita ada azam untuk mendapatkannya (write up bersempena tahun baharu 2014 kot)

Kos sara hidup semakin hari semakin meningkat. Peningkatan gaji tahunan kita adakah mencukupi untuk menampung kos sara hidup/ Kalau bujang memang la cukup untuk diri sendiri tetapi bagaimana pula kalau yang dah bekeluarga dan memiliki anak. Mungkin lagi banyak belanjanya.

‘If you fail to plan, it means you plan to fail’. Itu yang selalu kita dengar tapi kadang-kadang kita tak ambil kisah sangat pasalnya. Dan sebenarnya memang dalam hidup ni kena ada perancangan sebagai contoh kalau kita hendak buat sesuatu majlis, kita kena ada cadangan temanya, tetamu yang nak diundang, kos majlis dan sebagainya. Itu perkara yang simple belum lagi tentang perkara yang lagi rumit seperti nak membeli rumah, kereta dan sebagainya.

So, please empunya diri set your target. What you want to be in future and have a proper plan for it. Good luck. Apa azam korang untuk tahun 2014?

18/1/2014