Tuesday 4 October 2011

Adidas King of the Road 2011- Malaysia

Assalamualaikum,

My running vest & bib number
Apa khabar readers, dah lama blog ni x berupdate kan. Bukan apa sem ni aku agak sibuk sikit. Sem ni saje aku amek 6 subjek kadang2 tu sampai confius assignment mana yang nak kena antar minggu ni hehe. Ok r korang ingat lagi x pasal entry ni? Yup pasal aku duk promote larian Adidas tu.

Alhamdulillah selepas beberapa dugaan akhirnya dapat gak aku sertai KOTR ni. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum race tu aku diserang demam selsema, dah r demam assignment pulak datang menimbun, ditambah lagi dengan kerja2 sampingan huhu Lebih mengharukan tarikh tersebut aku ada kelas SM (kena hantar assignment & ada forum lak tu)

Tapi dalam demam2 tu sempat gak aku g Sunway Pyramid hari jumaat sebab nak collect race pack. Niat asal memang nak tarik diri tapi memandangkan dah bayar yuran penyertaan rasa macam rugi lak kalu xamek merchandise item. At least boleh wat kenangan.


Running bib
Akhirnya assignment2 tu dapat gak disiapkan sebelum due date. Dan yang paling penting Prof pun dah bagi ‘green light’ aku leh ponteng kelas dia sesi pagi tu. Yeay seronok sangat. Sebab nak siapkan assignment punya pasal aku sempat tidur 3 jam aje sebelum race.

Untuk KOTR kali ini, running bib dia pakai  'B-Tag Timing System' yang weatherproof. Kat belakang bib number tu ada chip untuk rakam masa larian di stesen2 tertentu dan masa akhir larian.


NPE jam 4.30 pagi
Seawal jam 3.30 pagi aku dah bangun dari tidur sebab nak kena sampai SP sebelum jam 5 pagi. Punya r sejuk naik motor pagi2 tu ggrrrrr....

Yang join larian tu memang ramai. Tapi nak nampak muka-muka Melayu memang susah sikit. Ada tapi xramai, majoriti pesertanya adalah Chinese. Mereka xtahu program ni atau mereka x berminat nak join??

Aku memang enjoy sangat join race tu. Aku gak dapat beberapa info baru tentang larian jarak jauh ni. Contohnya kalau nak buat preparation tu bukan sekadar jogging setiap hari je. Lebih elok kalu diselitkan sekali dengan aktiviti lain seperti berenang, latihan di gym, rehat sehari dua dan sebagainya.





Ok, ayuh ikuti laporan bergambar. Dah macam laporan program lak hehe
Ni namanya 'Powerbar', first time aku makan menda ni. Memang elok untuk memberikan tenaga dengan cepat. Rasanya sangat manis dan digalakkan ambil bersama air mineral. Powerbar ni ada 3 perasa; choc, vanilla & banana. Ni baranng sposor hehe Aku ada gak beli time kt Sunway aritu, harga dia RM7 aje.

Jam 5.30 pagi: Suasana di hadapan pintu utama
Suasana selepas tamat larian

Berebut orang nak amek gambar kat main stage ni huhu

Awal2 lagi ak dh amek kt cni hehehe

Medal dah dapat, apa lagi jom ambil beg dan balik 

Oppssss... mana leh balik lagi. Baru pukul 9 masih awal, highway pun lum bukak. So apa lagi amek gambar r dulu

My unofficial time for 10km, 01:03:00. Aku target bawah dari sejam huhu
Pakai kasut 'chap ayam' aje. Kasut yg aku berkenan berharga RM369. Ada yang nak sponsor x?? hehe 
Muka puas hati
Bergambar lagi, kali ni berlatarkan crowd lak
The Winners
My finisher medal


Dalam duk menunggu highway dibuka untuk lalu lintas, sempat gak aku melelapkan mata sekejap kt sofa dlm Sunway tu. Memang layan r dengan lampu blum dibuka, aircond lak tu sampai xsedar apa2 pun. Bangun2 terus pergi tukar baju dan bersiap nak gerak balik kl lak. Akhirnya sempat gak sampai kelas untuk sesi petang. FINISH.

Next event: Putrajaya Night Marathon 2011. Xpernah lagi join larian malam2 ni