Assalamualaikum
wahai blog,
Sudah lama sangat aku x mengarang disini. Sempena cuti hujung minggu
terasa bosan tak tahu nak buat apa.Tiba-tiba datang idea untuk mengarang untuk pesanan
diri sendiri dan readers.
Sebelum ini aku percaya kepada prinsip ‘Go with flow’. Aku tiada
sebarang specific target yang nak dicapai. Tapi sebenarnya dalam hidup ini
semuanya perlu ada target, nak kerja apa, nak pakai kereta apa, nak bini macam
mana supaya nanti kita ada azam untuk mendapatkannya (write up bersempena tahun
baharu 2014 kot)
Kos sara hidup semakin hari semakin meningkat. Peningkatan gaji
tahunan kita adakah mencukupi untuk menampung kos sara hidup/ Kalau bujang
memang la cukup untuk diri sendiri tetapi bagaimana pula kalau yang dah
bekeluarga dan memiliki anak. Mungkin lagi banyak belanjanya.
‘If you fail to plan, it means you plan to fail’. Itu yang selalu kita
dengar tapi kadang-kadang kita tak ambil kisah sangat pasalnya. Dan sebenarnya memang
dalam hidup ni kena ada perancangan sebagai contoh kalau kita hendak buat
sesuatu majlis, kita kena ada cadangan temanya, tetamu yang nak diundang, kos
majlis dan sebagainya. Itu perkara yang simple belum lagi tentang perkara yang
lagi rumit seperti nak membeli rumah, kereta dan sebagainya.
So, please
empunya diri set your target. What you want to be in future and have a proper
plan for it. Good luck. Apa azam korang untuk tahun 2014?
18/1/2014