Semalam, 23hb 7 aku ada join program ni nama nye Rexona Men Adventure Challenge. Adventure sangat ke? Meh sini nak cerita hehe
First of all, aku nak ucap tahniah pada pihak penganjur sebab berjaya menganjurkan program yang hebat seperti ini. Bermula dari kempen promosi nye (tapi ada gak yg x tahu hehe), update perkembangan terkini di facebook, proses pendaftaran, collection race kit dekat One Utama sampai la program ni selesai. Well done organizer.
Mcm mn ak leh tahu program ni? Semestinya melalui page facebook “Rexona Men Malaysia”. Dari sini r aku dapat semua maklumat pasal challenge ni. Aku apa lagi try r cuba nasib dgn niat bukan nak dapatkan adiah tapi nak dapatkan kepuasan diri sendiri aje. Lagipun hari tersebut aku memang xde wat pape pun.
Hari jumaat petang, dari Ampang ak gerak ke One Utama utk collect race kit, terus ke Shah Alam dan tumpang umah member jap. Seawal jam 7 pagi keesokannya aku dah gerak ke Taman Pertanian Malaysia (Bukit Cahaya).
Ak join kategori amatur aje (6km with 5 obstacles; terrain of tyres, getting wet, hurdles, up & over and lastly passing fences. Utk kategori professional jarak & halangan dia lebih sikit (8km with 8 obstacles)
Ni peta larian tersebut, sape2 yg pernah datang sini mesti tahu keadaan berbukit dia. Kena plak time lari naik kawasan berbukit dah r halangan kedua kena sembur dengan air oleh bomba abis semua lenjun huhu Aku kalu selalu jogging pun area landai je so apa lagi agak penat le nk menyudahkan larian hehe Nasib baik le ada jugak wat preparation and warming up sikit2
Ak join sesorang je sebab ada je ajak member2 yg lain tetapi memandangkan dikenakan bayaran so diorang xnk join. Bayaran cuma RM25, siap leh dapat goodies bag rexona lagi. Nekad punya pasal, sorang pun sorang r janji aku enjoy
Sebagai kenangan harus r amek gmbr sedikit seBANYAK hehe. Sebab join sorang2 maka takkan r ak nak amek gambar dgn org yang aku x kenal. So apa lagi amek je r gambar sendiri, surrounding dan gmbr ngan Aidid Marcello & Bell Ngasri. Sebab aku kenal & pernah tengok diorang kt tv hehehe Diorang dan beberapa artis lelaki lain pun diundang gak untuk memeriahkan lagi larian tersebut.
Sebelum memulakan larian, organizer ada bagi ‘timing chip’ utk dipakai pada tali kasut. Benda ni digunakan untuk record masa larian semasa check point dan masa tamat larian kita. Gambar kt bawah ni ak cilok kt google image sbb masa tu kamera dlm beg xsempat nk snap pic. Apa2 pun timing chip tu lebih kurang mcm ni aje..
So,nak tau masa larian aku? Leh tengok kt bawah ni.
Ops ni bukan masa ak, sila scroll ke bawah lagi ye....
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
Ha ni baru btul. No 58 dari 109 pelari amatur aje. Apa2 pun ak tetap berbangga dengan pencapaian diri sendiri. Ok r sampai sini dulu smoga berjumpa lagi dalam next entry. Assalamualaikum. (^ . ^)
..........................................................................................................................................
Berangan nak pakai kasut mcm kt bawah ni, tapi disebabkan harganya agak mahal lain kali r ye. Pakai yg biasa2 punya pun boleh hehehe
wahwahwah, nk rexona stu!
ReplyDeletecik naimah nk ke pakai deodorant spray? Ak lbh suka pkai yg biasa punya hehehe Tp ni product lelaki punya r :p
ReplyDelete