Tuesday, 5 July 2011

Semakan Proses Biasiswa TPM

Assalamualaikum Dato' Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Maaf menganggu Dato’. Saya cuma nak berkongsi sedikit cabaran semasa belajar di UTM under biasiswa TPM ni. Memang kena banyak berSABAR untuk dapatkan duit UiTM tersebut, even sampai sekarang (6/7/2011) saya masih BELUM dapat elaun TPM (duit KPT saya dah dapat awal bulan Mei, 5/5 untuk 7 bulan sekaligus). Itupun setelah melalui beberapa proses. Sudah banyak kali hubungi bahagian biasiswa tapi proses asyik ‘pending’ sahaja. Saya memulakan pengajian di UTM bermula 1 Jan 2011.

En Imran (Pegawai Kerani), yang menguruskan pelajar fakulti OM banyak kali memberi janji tetapi borang saya selalu pending. Untuk dapatkan tandatangan penolong pendaftar saya terpaksa call banyak kali dan pernah pergi pejabat biasiswa sendiri untuk mendapatkan kepastian. Sekarang borang saya berada di canselori pula untuk proses terakhir sebelum di bawa ke unit bendahari pula. Itu pun saya tak berapa pasti kena tunggu berapa lama lagi.

Saya masih berSABAR menunggu duit tersebut sepanjang enam bulan ini. Diharapkan perkara ini, mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Dato’  demi kebajikan pelajar yang mendapat biasiswa TPM. Saya hargai peluang biasiswa TPM yang diberi oleh pihak UiTM dan fakulti kepada saya tetapi saya berharap perkara ini tidak berulang lagi kepada pelajar lain.

Niat saya disini bukan untuk menagih simpati kerana hasil duit kerja sebelum ini masih mampu menanggung perbelanjaan saya selama 6 bulan ini disamping meminjam sedikit wang daripada famili.  Mengikut syarat perjanjian kami tidak dibenarkan bekerja sepanjang belajar di bawah tajaan TPM.

 Cuma saya berharap urusan biasiswa  di unit JPBSM di bawah kepimpinan Cik Rohanah A. Kadir (Timb Pendaftar) dapat disemak kerana apa yang saya dapat tahu borang diurus secara rawak bukan mengikut turutan (Maaf sekiranya tuduhan ini tidak benar kerana ini pun apa yang saya dengar daripada pihak lain). Saya sedia maklum unit biasiswa menguruskan pelbagai permohonan dan mungkin kes saya terlepas pandang.

Maaf kerana saya mengunakan medium blog dan facebook sebab saya xtahu saluran lain untuk mengadu.

Yang benar,

Mohamad Naqiuddin Md Mansor
naqimthere@yahoo.com.my

3 comments:

  1. Anonymous06 July, 2011

    hmm.. pengalaman sama mcm kwn2 sy..

    ReplyDelete
  2. yup sy pun x pasti apa masalah yg berlaku sebenarnya disana. Untuk dapatkan t/tgn pun kena tunggu hampir sebulan dan kena selalu call to remind. Mngkn laman web jpbsm perlu adakan FAQ utk menjwab soalan2 yg biasa ditanya oleh pelanggan mereka.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semua dh settle. =)

    ReplyDelete